LoveIsMove
|
+FOLLOW | DASHBOARD.

You, Me and Us Forever and Always
Friday, 6 January 2012 | 22:50 |

Seriuosly aku terasa sedih pulak bila teringatkan 2011. Terlalu banyak kenangan yang indah dah sedih dan pedih berlaku ke atas aku. But its ok. That what we call as "lumrah kehidupan" right? Pengalaman jugalah yang mengajar kita erti kehidupan dan mematangkan kita dari segi fizikal dan mental. Aku bersyukur sangat sebab Allah masih panjangkan umur aku untuk hidup sampai detik ini. Aku masih dapat bergembira dengan family dan besties aku yang aku sayang sangat :') Bestie aku ada 3 orang. Diorang ni selalu bersama aku. Kadang-kadang aku bosan aku akan ajak diorang lepak sama-sama. Sometimes kitorang tak lepak berempat sebab sorang tu dia duduk asrama so jarang balik ke rumah. Masa cuti je dapat jumpa dia. Tapi kitorang tak kisah sebab semua tu untuk masa depan dia jugak kan. Semua tu tak jadi penghalang untuk kitorang tetap jadi bff sampai mati. A true friendship never end. Ingat tu tau korang. Lepas ni kalau korang dah tak ada dekat dengan aku, dah kerja jauh ke, dapat belajar ke luar negara ke, dapat sekolah lain ke, family korang pindah ke, korang dah taknak kawan aku ke, antara kita jadi gila ke, dapat bestie baru ke, korang dah meninggal ke... :( apa-apa jelah yang membuatkan kita terpisah lepas ni.. aku nak korang ingat yang aku tetap sayang korang dunia dan akhirat tau :'( aku dah tak ada bestie lain dalam dunia ni. Antara manusia-manusia yang hidup atas muka bumi ni hanya korang bestie aku yang aku ada. Ingat tak dulu masa kecik kita pernah main masak-masak makanan betul? Sedap kan tapi ada haritu yang kita masak mee goreng tapi tak berapa sedap lepas tu kita panggil budak-budak lain datang makan, well HABIS pulak diorang makan. Pelik diorang ni macam mana boleh makan. Ok lah tak membazir. Ingat tak dulu kita pro panjat pokok? Pokok manggis tu sampai pucuk kita panjat. Time musim buah lah best boleh lepak atas pokok pastu makan buah. Tapi tu dulu, semua benda kita buat masa kecik-kecik. Sekarang semuanya dah berubah. Things are never gonna be the same aite? :< But its ok semua tu aku dah simpan dalam hati aku. Aku takkan lupakan semua kenangan tu. Biarlah jadi kenangan kita bersama. Kalau kita dah mati, aku harap sangat dapat jumpa korang kat akhirat nanti. Aku taknak hubungan persahabatan kita berhenti setakat di dunia ni saja. Biarlah ia berterusan sampai bila-bila. Kalau tak silap aku kira kita berempat dah jadi besties dah 10 tahun pun. Boleh katakan semua benda kita dah tahu pasal each others kan? To you my 3 bestfreinds "Remember that you always in my hearth even if we can't be together any longer. Just keep me in your heart and I'll do the same"